Penatnya nakbuat persiapan kahwin..

Standard

syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. hehehe majlis belum selesai lagi tapi persiapan dah 90%… penat.. :)… banyak sangat benda nak kna buat dan fikirkan.. dah lah kena mengadap exam untuk kaedah penyelidikan II pastu dengan kucing hilang lagi, tunang eksiden motor lagi.. tapi semua nie buat saya rasa semakin kuat dan bersemangat.. 

 

rasa bersyukur setelah berhempas pulas dengan exam, kucing, tunang dan tugasan, akhirnya semua dah lepas.. rasa MERDEKA sangat hehe… kucing yang hilang pun da dpt balik..

 

semoga segalanya berjalan dengan lancar.. hanya tinggal sebulan lebih je lagi.. maka bermulalah episod baru dalam hidup saya dup dap dup dap

Bengkel Aplikasi Web 2.0 Fakulti Pendidikan

Standard

Pada 27.12.2011 pelajar-pelajar kursus sumber dan teknologi maklumat telah diberikan satu tugasan yang sangat mencabar. kami diarahkan untuk mengendalikan satu bengkel pengaplikasian web 2.0 untuk tenaga pengajar Tadika Tunas Permata. sangat banyak cabaran dan dugaan sewaktu mengendalikan bengkel tersebut. kebanyakkan daripada peserta bengkel terdiri daripada akak-akak atau makcik-makcik yang kurang berpengetahuan dan ada jua yang tidak tahu langsung bagaimana untuk menggunakan komputer.

berkat kesabaran pelajar-pelajar semua yang baik hati membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada peserta membuatkan peserta boleh dan berminat untuk mengikuti bengkel tersebut. yang paling penting feed back daripada  peserta. mereka enjoy dan berminat untuk belajar tetapi masa tidak mencukupi untuk mereka mempelajari aplikasi web 2.0 yang diajarkan kepada mereka.

apa-apa pun setinggi perhargaan dan tahniah diucapkan kepada ajk yang terlibat. tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada PM Dr Norazah Binti Mohd Nordin dan Dr Hjh Rosseni Binti Din kerana memberikan kami peluang mengendalikan bengkel tersebut. berkat bimbingan dan sokongan serta tunjuk ajar daripada pensyarah bengkel ini berjaya dijalan seperti yang diinginkan.

jom kit alayan gambar-gambar nie.. ada banyak sebenarnya.. sya atak tahu yang rakan-rakan saya nie pon SUKA sangat bergambar.. 🙂 daripada gambar-gambar ini, jelas menggambarkan semua enjoy yeee… :))

syabas buat rakan-rakan seperjuanganku.. semoga kita berjumpa lagi.. 🙂

Akhirnya Emas Untuk Kali Ke Dua

Standard

Betullah kata pepatah ‘ Penantian Itu Suatu Penyiksaan‘… Setelah 120 minit bertarung di atas padang, akhirnya Harimau Muda berjaya menewaskan pasukan ‘Garuda’ Indonesia. Malaysia berjaya menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan 5-4 menerusi sepakan penalti setelah terikat  satu sama.

Perlawanan pada malam ini tidak menghampakan kedua-dua pihak. Kedua-dua pasukan bermain dengan cemerlang. Pendek kata perlawanan pada malam ini telah membuktikan bahawa prestasi dan permainan pasukan bolasepak negara semakin meningkat. Harap pemain dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi mutu permainan agar terus berjaya dan sukses di masa akan datang.

SYABAS MALAYSIA…. TERIMA KASIH HARIMAU MUDA

 

Bak kata pengulas perlawanan “Harimau telah berjaya mengigit kedua-dua sayap Sang Garuda..” Aummmmmmm

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Standard

Pada 06hb Nov 2011 kita telah menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Di petik dari Wikipedia